Pembinaan Akademi Tahfeez Al Islah:
“Dana Segera Diperlukan Untuk Kompleks Tahfeez
Di Mukim Sungai Durian Perak,
Slot Wakaf Hanya RM30 Per Nama ”
(Wakafkan Atas Nama Anda & Ahli Keluarga Yang Lain, Insyaallah Berpanjangan Pahala Selamanya.
Di akademi tahfiz al-islah kita ada satu program yang mana kita namakan baitul al-islah ataupun tahfiz kebajikan, baitul islah ini adalah satu program yang mana tahfiz mensasarkan kepada golongan yang kurang berkemampuan,
![]()
Golongan yang pertama adalah baitul asnaf, baitul asnaf ini adalah golongan yang mana kita tahu adalah golongan yang kurang berkemampuan,
Seterusnya adalah golongan yang kedua iaitu baitul aytam golongan ini adalah anak yatim yang telah kehilangan ibu dan bapa, kita sendiri sedia maklum yang anak-anak yatim ini tidak ada "tulang belakang" yang menyokong mereka.
Seterusnya ialah baitul alkhas golongan yang sangat istimewa, golongan yang mana allah swt dah bagitahu dalam al-quran dah dijamin di akhirat kelak mereka adalah anak-anak syurga. anak-anak ini mempunyai masalah seperti autism, "slow learner".
Mereka ini adalah golongan yang sangat memerlukan.
Apa yang mereka perlukan adalah pengajian islam dan juga pengajian al-quran untuk meneruskan hidup mereka, dengan fasiliti yang kami ada dan tenaga pengajar yang kami ada,
kami akan cuba bantu golongan -golongan ini sebaik mungkin.
Kita semua tahu, setiap manusia itu pasti menemui ajalnya satu hari nanti.
Namun pernah tak kita berfikir;
Adakah amalan yang kita ada sekarang sudah cukup?
Apa pula persediaan yang kita dah buat sebagai bekalan menuju akhirat?
Apa amalan yang kita dah rancang dan buat, supaya kita boleh dapat pahala secara berterusan (walaupun ketika kita sudah meninggal dunia)?
Salah satunya adalah dengan berwakaf.
Inilah cara untuk kita dapat pahala berterusan di akhirat kelak sepertimana Rasulullah Solallahua’laihi wasallam sarankan.
Wakaf Sebagai Hadiah Paling Afdal Dunia Akhirat
Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk:
♦ Ibu bapa yang masih hidup @ meninggal dunia
♦ Insan kesayangan seperti anak, isteri @ sahabat
♦ Dihadiahkan pahala untuk mereka yang kita pernah hutang tapi terputus hubungan, dibuli, dikhianat, dll
Semoga dengan berwakaf atas nama mereka, dapatlah kita ‘menebus’ (dengan harapan mereka dapat pahala) kesilapan kita yang lalu.
Atas dasar itu, Akademi Tahfeez Al Islah membuka peluang untuk anda berwakaf serendah RM30 untuk membina bangunan baru di Maahad Tahfeez Al Islah
Moga sumbangan ini menjadi saham akhirat yg sentiasa mengalir buat diri dan orang tersayang. Amin.
Untuk Pakej Sumbangan 500+ tuan puan boleh rujuk gambar dibawah
![]()
PAKEJ AL - BARR
RM5000 - Waqaf Tiang - Nama beserta doa diukir di tiang Maahad Tahfiz.
![]()
PAKEJ AR - RAZZAQ
RM1000 - Waqaf Dinding - Nama akan diabadikan di Papan Senarai Penyumbang dan diletakkan dalam bilik kuliah
![]()
PAKEJ AL KARIM
RM500 - Sijil Waqaf dihantar ke rumah sebagai tanda penghargaan dari kami. ❤️
Ke Mana Wang Wakaf Anda Digunakan?
Duit wakaf anda akan digunakan khas untuk membina kompleks islam baru Fasa 1 Berjumlah 2.5 Juta yang meliputi seperti di bawah :-
A) Bangunan Tahfiz
B) Masjid
C) Kuarters Guru
D) Asrama
E) Dewan Makan
NOTA PENTING: AKAD WAKAF
Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:
"Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Akademi Tahfeez Al-Islah ”
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.
Untuk transaksi bantuan secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : CIMB Bank
Nama : Akademi tahfeez al islah
No akaun : 8604516040
Sila letakkan reference “ ATAI ”
Pemberitahuan:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 011-16576425